29 June 2011

karya ciptaan ku ~

KESUNYIAN

Kenapa diriku sering dilanda kesunyian ,
Terasa hidup dalam keseorangan ,
Tanpa kawan ,
Tanpa keluarga ,
 Tanpa semua orang .
Sedangkan diriku sedang disayangi semua orang,

Kenapa aku sering marah-marah ,
Padahal semuanya tidak bersalah,
Hanya ditemani linangan airmata apabila menahan api kemarahanku .
Sayangnya, semua di sekelilingku yang menjadi mangsa  .
Mangsa yang tidak bersalah sering menjadi korban .

Kenapa aku sering rasa terpinggir .
Sedangkan semua melayanku dengan ikhlas serta dicurahkan kasih sayang,
Kerana itu, aku sering mendiamkan diri.
Bila ditanya , jawapannya tiada apa-apa.
Salahku jua kerana terlalu inginkan semuanya menjadi miliku seorang .

Terima kasih keluarga ku,
Terima kasih sahabat-sahabatku ,
Kerana tahan dengan semua kerenahku.
Tanpa kalian , hidupku tidak bererti .
Sokongan dan dorongan kalian sering membina semangat  kepadaku.

SAHABAT

Sahabat ,          
Mempunyai pelbagai jenis ,
Sahabat untuk suka ria ,
Sahabat untuk berdendam ,
Sahabat untuk mengongsikan semua perasaan ,
Sahabat untuk mencurahkan kasih sayang.

Kawan ,
Mempunyai banyak makna ,
Kawan untuk kegembiraan ,
Kawan untuk kesedihan ,
Kawan untuk mengisi masa kosong ,
Kawan untuk  bercakap mengenai semua perkara.

Antara sahabat dan kawan hanyalah sama .
Cuma kita yang perlu untuk memilihnya dengan betul .
Kawan  dan sahabat merupakan sebahagian dari keluarga
Oleh itu, pilihlah yang terbaik untuk menjadikan sebuah keluarga yang lengkap dan harmoni .

CINTA SIAPA ???


Di peringkat sekolah ,
Cinta hanyalah sebuah cerita dongengan semata-mata .
Tetapi wujudnya sebuah kasih sayang diantara teman-teman dan guru .
Cinta hanya diukir apabila meningkat dewasa selepas tamat persekolahan .
Manakala kasih sayang telah disematkan di dalam hati sejak lahir .


Cinta yang sebenar ialah mengasihi Allah S.W.T .
Mengasihi rasul ,
Meyayangi para keluarga ,
Menghormati para ulama.
Mencintai suami/isteri .
Itulah erti kasih sayang dan cinta kepada seseorang.
Bukan berdasarkan pada wajah , kekayaan , dan kehidupan .

Mempunyai wajah yang baik jangan dibangga-banggakan .
Kerna wajah yang dibanggakan itu akhirnya menjadi santapan cacing di liang lahad.
Memiliki kekayaan yang melimpah ,
Janganlah membiarkan ia menjadikan kita sombong ,
Kerna sesungguhnya kekayaan itu ialah milik Allah S.W.T.
Sepertimana Dia memberi , Seperti itu jugalah Dia mengambilnya kembali .

 PERTEMUAN DAN PERPISAHAN


Pertemuan kita di suatu hari
Adalah satu anugerah
Bersyukur ku kepada illahi
Di atas jalinan yang suci ini

Namun kini . perpisahan yang terjadi
Telah mengugurkan titisan air mata.
Lalu doa dipanjatkan
Untuk pertemuan kali kedua .

Mengapa ada pertemuan
Jikalau akhirnya berlaku perpisahan
Mengapa ada kegembiraan
Jikalau akhirnya melanda kesedihan

Bergenang air mataku apabila mengimbas kenangan lalu
Segala pengorbanannya tidak pernah ku lupakan
Bahkan semua pertolongannya selalu ku ingati
 Mengenali dirimu umpama mengenali diriku jua
Memahami hatimu ibarat memahami hatiku jua
Senyuman yang sering engkau ukirkan kepadaku
Menceriakan lagi kehidupanku .
Untuk sahabat-sahabatku yang umpama pelangi petang,





No comments:

Post a Comment